Apartmen Lestari Perdana

Kinrara Uptown, Lestari Perdana, 43300 Bandar Putra Permai, Selangor Darul Ehsan


Lestari Perdana




Selamat Datang

Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan pada 4 Disember 2009 memutuskan untuk mewujudkan portal khusus untuk kedai dan pejabat di Seksyen 7 Lestari Perdana tujuannya adalah untuk mempromosikan dan mewujudkan suasana Kediaman Idaman dan Perniagaan Lestari. Selaras dengan itu juga Badan Pengurusan Bersama telah menubuhkan Jawatankuasa untuk menyelaraskan aktiviti perniagaan dan bagi memastikan mencapai standard yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ )

Kawasan ini mula didiami pada Januari tahun 2005, kini ia mendapat perhatian ramai kerana lokasinya yang strategik dan derdekatan dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Terdapat 10 blok bangunan dan mempunya 122 ruang pejabat dan perniagaan untuk disewa dan dalam masa yang sama Jawatankuasa yang ditubuh akan turut sama mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal ini tanpa dikenakan sebarang caj.

Mengkikut peruntukan undang-undang dibawah Subseksyen 8 (2)(f) Akta 663 yang telah dimuktamadkan untuk kawasan ini bermula 1 April 2009 selaras penubuhan Badan Pengurusan Bersama perniagaan yang tidak dibenarkan adalah sebarang bentuk perniagaan atau perkhidmatan seperti penjualan minuman keras, pusat internet, perkhidmatan pembaikan dan servis kenderaan, pusat pemprosesan bahan mentah, stor simpanan barang atau pejabat yang menggabungkan keduanya sekali, dan seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali     

Pihak kami menggalakkan setiap aktiviti perniagaan dan juga pejabat yang tidak bertentangan dengan undang-undang PBT dan juga sebarang bentuk perniagaan yang tidak kotor dan tidak menyusahkan orang lain untuk turut serta berniaga disini. Kami mementingkan suasana yang harmonis, selesa, dan lestari dan produktif

Bentuk perniagaan yang lebih mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira orang lain tidak akan diberi tempat di kawasan ini selaras dengan hasrat MPSJ untuk mewujudkan Kota Niaga dan Kediaman Idaman