Apartmen Lestari Perdana

Kinrara Uptown, Lestari Perdana, 43300 Bandar Putra Permai, Selangor Darul Ehsan

KAEDAH-KAEDAH DALAMAN

(HOUSE RULES)

BADAN PENGURUSAN BERSAMA

APARTMENT DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA

 

BAHAGIAN 1:

KESELAMATAN

 

Pindah memindah

 

Anda diminta memaklumkan pihak pengurusan dua (2) minggu lebih awal sekiranya anda ingin berpindah masuk ke kawasan atau keluar daripada kawasan, Sila maklumkan beberapa maklumat penting seperti nama syarikat/kontraktor yang akan mengangkat barang, anggaran masa dan lain-lain menggunakan borang yang disediakan

 

Pelawat

 

Perlu diingatkan bahawa bagi pembeli petak yang menyewakan petaknya, hak mereka menikmati segala kemudahan yang disediakan di bawah harta bersama akan berpindah kepada penyewa. Dengan itu status mereka apabila memasuki kawasan pemajuan ini adalah sebagai pelawat dan tertakluk kepada peraturan mengenai pelawat.

 

Pemasangan gril keselamatan

 

Anda dinasihatkan agar menjaga keselamatan unit masing-masing misalnya dengan memasang gril keselamatan pada pintu, tingkap atau balkoni. Bagaimanapun, bagi menjaga keindahan bangunan dan untuk menentukan keseragaman, gril keselamatan hendaklah mengikut reka bentuk yang ditetapkan. Sila hubungi pihak pengurusan untuk menyemak reka bentuk yang dibenarkan.

 

 

BAHAGIAN II:

KEBERSIHAN

 

Kebersihan kawasan bersama

 

Kerja-kerja menyenggarakan kebersihan di kawasan bersama akan dikendalikan oleh syarikat/pekerja yang dilantik oleh pihak pengurusan, manakala kerja mengangkut sampah diuruskan oleh Syarikat Alam Flora Sdn Bhd. Sila beri kerjasama kepada mereka agar tugas mereka dapat dijalankan dengan sempurna. Apa-apa aduan mengenai ketidaksempurnaan tugas yang dijalankan hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan menggunakan borang aduan yang disediakan.

 

 

Pembuangan sampah

 

Tentukan sampah dibuang dengan sempurna seperti memasukkan dengan baik dalam beg plastik sebelum dibuang. Barang-barang lusuh yang besar seperti perabut atau alat elektrik hendaklah tidak dibuang di tempat pembuangan sampah awam. Anda bertanggongjawab melupuskannya sendiri melalui cara yang sesuai. Sekiranya didapati barang-barang lusuh tersebut dibiarkan di kawasan bersama, pihak pengurusan akan melupuskannya dan kos akan dituntut daripada penghuni petak berkenaan. Caj sebanyak RM 400.00 dikenakan sekiranya gagal melupuskan sendiri dengan cara yang sesuai.

 

 

BAHAGIAN III:

PENGGUNAAN HARTA BERSAMA

 

Harta bersama meliputi bahagian bangunan dan tanah di mana bangunan yang tidak termasuk dalam sebarang petak atau petak aksesori dan baki lot yang tidak terkandung dalam mana-mana blok sementara

 

Harta bersama ialah tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, tong sampah, kawasan, parit, tangki air, pembentung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak; bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta, ruang terbuka, kawasan lanskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dnikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu.

 

Kerjasama anda adalah dipohon untuk menentukan harta bersama dapat dijaga dengan baik agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan dan tiada seorang pun daripada kita dinafikan daripada menikmati kemudahan tersebut. Caj sebanyak RM 300.00 akan dikenakan sekiranya menyalahgunakan tempat awam khususnya tempat letak kereta, koridor dan tangga dan tong sampah untuk kepentingan peribadi. Selain itu juga anda atau mana-mana orang yang menjadi penghuni bersama atau tatamu anda dilarang daripada melakukan perkara-perkara yang berikut:

 

1.            merosak atau mencacatkan mana-mana bahagian harta bersama ;

 

  1. membiarkan binatang ternakan di luar unit masing-masing sehingga mengganggu atau menimbulkan kemarahan penghuni lain;

 

3.    berniaga, memasak atau mengadakan jamuan atau apa-apa majlis di kawasan bersama tanpa mendapat kelulusan pihak pengurusan;

 

4.    menyidai pakaian seperti di balkoni, tingkap atau koridor sehingga merosakkan pemandangan kawasan. Sila rujuk garis panduan penyidaian kain di kediaman bertingkat;

 

5.    membuat bising sehingga mengganggu penghuni lain;

 

6.    menggunakan perkataan atau mempamerkan perilaku yang menimbulkan kemarahan penghuni lain atau yang memalukan;

 

7.    meletakkan kereta atau apa-apa jenis kenderaan lain tidak ditempat yang dikhaskan;

 

8.    meletakkan tanda arah, menampal poster atau notis dimana-mana bahagian harta bersama tanpa kebenaran pihak pengurusan;

 

9.    mengubah lokasi mana-mana struktur atau bahagian harta bersama seperti perabot, lekapan dan lengkapan;

 

10. berpakaian tidak sopan atau tidak sesuai semasa berada di kawasan luar daripada unit sendiri; dan

 

11. menggunakan kemudahan sukan atau riadah selain daripada jenis yang disediakan;

 

 

BAHAGIAN IV:

PENJAGAAN UNIT INDIVIDU

 

Sebagai pembeli petak atau penyewa anda bertanggungjawab menjaga dan menyenggara petak atau unit masing-masing. Sekiranya anda menyewakan atau menyerahkan unit anda untuk diduduki oleh orang lain, anda bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak pengurusan beberapa maklumat tentang penyewaan ini seperti nama penyewa atau penghuni, bilangan isi rumah dan tempoh penyewaan. Anda juga bertanggungjawab memaklumkan segera kepada pihak pengurusan apabila berlaku pertukaran penyewa atau penghuni.

 

Untuk menjaga keselamatan dan mengekalkan keharmonian komuniti kita, anda diwajibkan untuk mematuhi beberapa peraturan berikut dan pastikan juga mereka yang menghuni unit anda diberitahu tentang peraturan-peraturan ini,

 

1.    menjaga dan menyenggara unit masing-masing dan menjalankan kerja-kerja pembaikan yang serwajarnya dari semasa ke semasa agar unit sentiasa dalam keadaan baik dan selamat daripada kebakaran dan bencana lain yang boleh dikawal;

 

2.    menggunakan unit hanya untuk tujuan yang ditetapkan dalam syarat- syarat penggunaan unit dan perjanjian jual beli. Tindakan tegas akan dikenakan jika didapati unit digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang;

 

3.     tidak menggunakan dan membiarkan unit digunakan untuk sesuatu maksud yang boleh menyebabkan berlakunya kacau ganggu atau bahaya kepada mana-mana penghuni lain atau keluarga penghuni itu;

 

4.    tidak dibenarkan menyimpan bahan mudah terbakar, meletup, bahan api, atau apa-apa bahan atau material yang boleh mendatangkan asap atau wasap (fumes) atau bau yang busuk;

 

5.    tidak membuang atau membenarkan jatuh, apa-apa kotoran atau sampah atas harta bersama;

 

6.    tidak membuat apa-apa pemasangan yang boleh merosakkan pandangan atau sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan halangan atau kacau ganggu, misalnya memasang antena TV di tempat yang tidak sesuai atau menyimpan barang persendirian di kawasan harta bersama seperti di tepi koridor, tangga atau tempat letak kereta atau kawasan lapang lain;

 

7.    tidak menyebabkan keadaan bising atau apa-apa keadaan yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu jiran atau penghuni lain;

 

8.    tidak dibenarkan menyewakan unit kepada pendatang asing dan  warganegara yang mempunyai rekod jenayah;

 

9.    melaksanakan segera tindakan atau apa-apa kerja yang diarahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan dengan unit dan membayar segala taksiran, caj dan belanja pasti yang kena dibayar berkenaan dengan unit berkenaan; dan

 

10. membenarkan pihak pengurusan atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk memasuki unit individu untuk tujuan yang berikut:

 

(a)  memeriksa unit berkenaan;

 

(b)  menyenggara, membaiki atau membaharui paip, wayar, kabel dan saluran yang digunakan atau boleh digunakan berkaitan dengan penikmatan mana-mana petak lain atau harta bersama;

 

(c)  menyenggara, membaiki dan membaharui harta bersama; atau

 

(d)  melaksanakan apa-apa tindakan yang perlu bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan tugas pihak pengurusan atau penguatkuasaan undang-undang atau peraturan yang melibatkan unit atau bangunan.

 

 

Pihak pengurusan akan mengeluarkan notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tindakan berkenaan dilakukan, kecuali dalam hal kecemasan yang memerlukan tindakan segera.

 

BAHAGIAN V:

KERJA-KERJA PENAMBAHAN DAN PENGUBAHSUAIAN

 

Tertakluk kepada perjanjian jual beli, anda boleh membuat tambahan atau pengubahsuaian pada unit anda. Bagi menentukan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur, anda dipohon untuk mematuhi beberapa peraturan berikut:

 

1.            kerja-kerja penambahan atau pengubahsuaian mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan;

 

2.            sebelum kerja-kerja tersebut dimulakan, salinan pelan yang diluluskan hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan;

 

3.            bagi kerja-kerja tambahan atau pengubahsuaian yang melibatkan pendawaian elektrik dan bekalan air atau tidak memerlukan kelulusan pihak berkuasa, kelulusan perlu diperoleh daripada pihak pengurusan sebelum kerja-kerja dimulakan (Peraturan yang lebih terperinci dan khusus kepada kerja-kerja berkenaan dimasukkan dalam surat kelulusan);

 

4.            pengawasan rapi hendaklah dilakukan untuk menentukan kerja-kerja yang dijalankan tidak menjejaskan struktur bangunan atau harta bersama serta tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penghuni lain;

 

5.            bertanggungjawab ke atas apa-apa kecacatan atau kerosakan pada bangunan atau harta bersama yang disebabkan oleh kerja-kerja ini;

 

6.            memastikan bahawa sekiranya berlaku apa-apa kerosakan atau kecacatan pada bangunan atau harta bersama, ianya hendaklah diperbaki dengan sempurna. Sekiranya pihak pengurusan tidak berpuas hati, pihak pengurusan berhak melantik kontraktor menyempurnakan kerja-kerja ini dan kosnya akan ditolak daripada wang deposit dan jika tidak mencukupi tuntutan ke atas tambahan ini akan dibuat ke atas anda;

 

7.            memastikan bahawa semua barang terbuang atau sampah dilupuskan segera dengan sempurna (peraturan terperinci mengenainya terdapat dalam surat kelulusan ). Sekiranya pihak pengurusan tidak berpuas hati dengan cara pelupusan ini, pihak pengurusan berhak melantik kontraktor menyempurnakan kerja-kerja pelupusan ini dan kosnya akan ditolak daripada wang deposit dan jika tidak mencukupi tuntutan ke atas tambahan ini akan dibuat ke atas anda; dan

 

8.            wang deposit akan dikembalikan ke atas semua kerja tambahan atau pengubahsuaian. Amaunnya berasaskan nilai kerja atau kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Wang ini akan dikembalikan (tanpa faedah) setelah pihak pengurusan berpuas hati dengan kesempurnaan kerja-kerja yang dilakukan. Dengan itu anda hendaklah memaklumkan pihak pengurusan apabila kerja-kerja disiapkan supaya pemeriksaan bersama dapat dibuat.       

 

 

BAHAGIAN VI:

 

LAIN-LAIN

 

Perlu diingatkan bahawa bagi pembeli petak atau penyewa petak tidak dibenarkan menjalankan sebarang kegiatan atau aktiviti seperti berikut:

 

1.            tidak dibenarkan menjalankan sebarang bentuk perniagaan atau perkhidmatan seperti menjual minuman keras, pusat internet, perkhidmatan pembaikan dan servis kenderaan, pusat pemprosesan bahan mentah, tempat penyimpanan barang (stor) dan atau menggabungkan pejabat dan stor dan seumpamanya. Pihak yang terlibat boleh didakwa kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan kediaman. Pemilik petak juga terikat dibawah Akta Bangunan dan Harta Bersama ( Penyelenggaraan dan Pengurusan ) 2007 ( Akta 663),  sekiranya membenarkan premis mereka digunakan bagi tujuan berkenaan atau undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa di kawasan berkenaan;

 

 

2.            tidak dibenarkan menjalankan sebarang bentuk perjudian atau perniagaan berbentuk perjudian atau seumpamanya di kawasan kediaman;

 

3.            tidak dibenarkan menjalankan segala bentuk perniagaan yang boleh menyebabkan kacau ganggu kepada pemilik petak lain; dan

 

4.            sebarang bentuk perniagaan atau aktiviti yang boleh menghalang lalu lintas, kawasan tempat letak kereta, kotor, pencemaran bau, bunyi dan sebagainya.

 

Mana-mana pembeli atau penghuni yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan dan menyebabkan kerosakan atau kecacatan pada bangunan atau harta bersama, mereka bertanggungjawab memperbaikinya atau membayar kos pembaikan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan; atau

 

Sekiranya pihak pengurusan terpaksa melantik peguam untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pembeli atau penghuni, pihak pengurusan berhak mendapatkan kembali kos guaman daripada pembeli atau penghuni berkenaan.

 

Kadar Kompaun yang dikenakan oleh MPSJ bagi kesalahan berikut

 Bil  Kesalahan Seksyen / Jenis kesalahan Kadar Kompaun
1. Undang-Undang Kecil Kesemua kesalahan RM 1,000.00
2. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) 1. Kacau ganggu RM 1,000.00
2. Kebersihan RM 1,000.00
3. Lesen RM 1,000.00
4. Gagal patuhi notis  RM 500.00
5. Gagal patuhi notis kacau ganggu  RM 1,000.00
3. Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) 1. Halangan RM 250.00
2. Ingkar Notis ( Bangunan) RM 125.00
3. Salahguna bangunan RM 500.00
4. Pengubahsuaian bangunan RM 500.00
5.

Seksyen 70 (13) memulakan pendirian bangunan tanpa kebenaran, melencong dari pelan yang diluluskan, bangunan bersalahan dengan akta 133 dan/atau tidak patuh perintah atau arahan bertulis Majlis.

RM 25,000.00
6. Seksyen 70 (A)(9) kerja tanah RM 25,000.00
7. seksyen 70 B(15) dan 85 (13) ingkar perintah @ arahan RM 50,000.00
8. Seksyen 71 (gagal mengawal selia bangunan dari/atau kerja tanah) RM 250,000.00
4.

Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995


RM 25,000.00
5. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)  Pindaan P.U.A 280/2002 Seksyen 23 RM 10,000.00
6. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Subang Jaya 2007
RM 300.00