Apartmen Lestari Perdana

Kinrara Uptown, Lestari Perdana, 43300 Bandar Putra Permai, Selangor Darul Ehsan

Dengan berkuatkuasanya Akat 663 pada 12 April 2007. Pelaksanaan di kawasan ini sepatutnya bermula setelah ia ditubuhkan melalui Mesyuarat Pertama pada 27 Julai 2009 tetapi disebabkan masalah teknikal maka ia dilaksanakan setelah mendapat perakuan oleh Dato Adnan Bin Hj Md Ikhsan, Yang Dipertua dan juga Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Pengambil alihan dari Syarikat LT Sdn Bhd bermula pada 1 April 2009. Mesyuarat Pengambilalihan telah diadakan pada 29 Mac 2009.

Tanggungjawab mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang dijalankan oleh Pemaju akan dilaksanakan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan dikawal selia oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB). Peranan utama ialah menguatkuasakan peruntukan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan oleh kedua-dua Akta 663 serta Bahagian VI dan VII Akta 318. Antara kuasa dan tanggungjawab COB adalah Mengeluarkan waran yang membenarkan penahanan apa apa harta alih kepunyaan pembeli sekiranya terdapat permohonan daripada JMB untuk mengenakan tindakan tersebut ke atas pembeli yang mempunyai amaun caj tertunggak selama enam bulan.

Pesuruhjaya Bangunan adalah entiti baru diwujudkan di bawah Akta 663. Antara peranan Mengawalselia penyenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama yang dilaksanakan JMB dan Perbandanan Pengurusan (MC). Ia juga menguatkuasakan peruntukan undang-undang Akta 663. Kuasa Pesuruhjaya Bangunan antaranya megenakan kompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta 663. Mengeluarkan waran penahanan terhadap pembeli rumah yang gagal membayar penyelenggaraan