Apartmen Lestari Perdana

Kinrara Uptown, Lestari Perdana, 43300 Bandar Putra Permai, Selangor Darul Ehsan

Sejarah


Seksyen 7 Taman Lestari Perdana terletak di mukim Seri Kembangan di daerah Petaling. Mula diduduki pada bulan Januari tahun 2005,  Seksyen 7 Taman Lestari Perdana merupakan sebuah kawasan perumahan dan perniagaan empat tingkat. Terletak didalam kawasan yang strategik dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, penduduk Seksyen 7 Taman Lestari Perdana menikmati fasiliti-fasiliti yang tersedia ada seperti lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Bukit Jalil dan yang terbaru Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya, memudahkan akses ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 18 km dan juga hanya 7 km dari Putrajaya. Memandu ke Putrajaya hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Lestari Perdana hanya terletak 5 km dari UPM dan tidak pula jauh dari Hospital Putrajaya dan Serdang . Klinik Kerajaan Seri Kembangan disamping berdekatan dengan steseen komuter Serdang dan LRT Bukit Jalil  dan Seri Petaling. Disebelah Taman Lestari Perdana terdapat kompleks sekolah rendah dan menengah kerajaan. Antara kemudahan yang terdapat di lokasi berdekatan adalah Pasaraya JUSCO, Pasaraya GIANT, MyMydin, Permai Walk, Pasar Borong Selangor dan juga Bazaar Rakyat Putra Permai. Antara projek yang akan dibina ialah Komplek Pengangkutan Awam Putra Permai ( Permai Sentral), Kompleks Pendidikan Serdang,.dan pelbagai lagi kemudahan yang akan dilancarkan dari semasa ke semasa.

Antara taman-taman perumahan yang terletak bersebelahan dengan Lestari Perdana ialah Taman Desaminium, Taman Puncak Jalil, Lestari Mansion, Taman Equien, Taman Lestari Putra, Taman Pinggiran Putra, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Taman Dato Demang, dan Pusat Rekreasi Air Hitam. Kawasan ini juga dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam bas RapidKL No U432 yang menghubungkan terus ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, KTM Komuter Serdang, Putrajaya Sentral, IOI Mall Puchong, dan Bandar Kinrara

Lestari Perdana terletak di kawasan tumpuan pembangunan yang bersempadan dan diapitkan dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Di samping itu juga Lestari Perdana terletak di lokasi Koridor Multimedia ( MSC) dan akan menjadikannya sebagai Pusat Penyelidikan Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT )

Pada tahun 2011 Pemaju AQRS The Building Company Sdn. Bhd iaitu pemaju yang bertanggongjawab memajukan kawasan Seksyen 7 Lestari Perdana telah memperkenalkan "Seksyen 7 Lestari Perdana" sebagai Kinrara Uptown. Sehubungan dengan itu bagi memudahkan untuk datang ke kawasasn ini perlulah merujuk kepada papan tanda KINRARA UPTOWN. dari arah Kuala Lumpur boleh melalui Lebuhraya Bukit Jalil dan rujuk kepada papan tanda Kinrara Uptown berdekatan Petronas Taman Teknologi Malaysia (TPM) , dari arah Seri Kembangan perlulah melalui Jalan Putra Permai dan masuk melalui lampu isyarat berdekatan Giant Seri Kembangan, begitu juga bagi yang datang dari arah Putrajaya, Cyberjaya dan Puchong perlu melalui persimpangan 1123, Serdang/Seri Kembangan, Lebuhraya Damansara Puchong.




Ilustrasi pelukis tentang gambaran 10 blok yang telah didiami di seksyen 7 Lestari Perdana



pelan keseluruhan Seksyen 7 Lestari Perdana yang mengandungi 58 blok



Projek Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 yang mengandungi 18 blok sedang dalam pembinaan. warna putih bahagian bawah dalam plan tapak adalah 10 blok yang telah didiami, 14 blok warna putih di bahagian tengah adalah yang terbengkalai dan 16 blok lagi di bahagian atas akan dibina. Jumlah keseluruhan ialah 58 blok. Sila rujuk pelan tapak di atas

 



Gambaran akan datang